Pengenalan Kursus...

Trend jual-beli di Internet semakin mendapat tempat di Malaysia.

Setiap hari semakin ramai usahawan terlibat dalam perniagaan internet. Oleh itu jangan biarkan diri anda ketinggalan!!!

Kursus Intensif selama sehari akan mendedahkan anda, rahsia-rahsia dan cara-cara yang sebenar melakukan urusniaga di Internet. Anda tidak perlu mahir dalam bidang Teknologi Maklumat untuk memulakan Perniagaan di Internet. Cukup dengan mempunyai email sendiri dan juga tahu melayari Internet susah memadai. Selebihnya anda akan ditunjukkan jalan semasa menghadiri Kursus. Perlu diingatkan di sini Perniagaan Internet yang dimaksudkan adalah merupakan perniagaan sebenar iaitu urusan jual-beli di antara Penjual dan Pembeli yang dilakukan di Internet dan bukan MLM / Pelaburan Internet / Skim Cepat Kaya dan seangkatan denganNya.

Kenapa Anda perlu hadir ke Kursus ini?

1) Setiap Peserta Kursus akan pulang dengan Online Store masing-masing


Pertama kali di Malaysia, selepas sehari berkursus; dan anda tidak perlu tahu cara-cara membuat laman web ; anda tidak perlu tahu teknikal tentang laman web; anda sudah boleh memulakan Perniagaan Internet anda sendiri dengan Online Store yang lengkap dengan Shopping Cart.

2) Semua boleh menyertai Kursus ini


Tidak kira siapa, semua orang boleh menghadiri Kursus ini ; Jika anda ada email anda sendiri dan juga tahu melayari internet, anda sudah layak untuk menghadiri Kursus Berniaga di Internet ini.

3) Yuran yang amat Rendah


Yuran yang dikenakan untuk menyertai Kursus ini adalah amat minimal jika dibandingkan ilmu yang akan anda perolehi , ditambah dengan akan memiliki Online Store anda sendiri selepas Kursus. Yuran yang dikenakan adalah RM190 seorang.

Tarikh & Tempat Kursus

  Akan diberitahu kelak